Bantuan Malaysia Bantu Kurangkan Penderitaan Rakyat Palestin - Dunia | mStar

Bantuan Malaysia Bantu Kurangkan Penderitaan Rakyat Palestin

GAZA CITY: Persatuan Aman Palestin, yang aktiviti amalnya dibiayai oleh rakyat dan organisasi di Malaysia, telah mula melaksanakan beberapa projek kemanusiaan bertujuan membantu penduduk miskin dan memerlukan di Semenanjung Gaza.

Projek itu termasuk makanan untuk berbuka puasa, bantuan kewangan, hamper makanan dan pakaian.

Kelembapan ekonomi memburukkan lagi keadaan kehidupan harian di kawasan itu, mengakibatkan penduduk berdepan kemiskinan tegar.

Dalam kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA), kadar kemiskinan di semenanjung yang sesak dengan penduduk itu dianggarkan 38 peratus berikutan kadar pengangguran telah mencecah 28 peratus.

Omar Seyam, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin bagi wilayah-wilayah diduduki di Palestin, berkata organisasinya itu berusaha keras untuk meringankan penderitaan penduduk Palestin.

Seyam berkata persatuan amalnya itu telah mengumpulkan USD120,000 sebagai sumbangan untuk projek-projek Ramadan dan menurutnya amaun itu akan diagihkan secara samarata kepada kalangan penduduk miskin.

"Kami bekerja siang dan malam untuk meringankan penderitaan penduduk Palestin, tetapi kami perlu pertingkatkan misi kami pada Ramadan.

"Mesej saya kepada rakyat Malaysia ialah sumbangan anda akan diberikan kepada penduduk yang memerlukan di kawasan-kawasan yang diduduki (Israel) di Palestin," kata Seyam kepada Bernama. -BERNAMA

Artikel Sebelum

6 Maut Bom Kereta Meletup di Iraq

Artikel Berikut

Gempa Bumi Gegar Mexico

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain