suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Israel Tembak Mati Warga Palestin, Dua Cedera

RAMALLAH (Palestin): Tentera Israel menembak mati seorang warga Palestin dan mencederakan dua yang lain awal hari ini di pusat pemeriksaan berdekatan Timur Jerusalem, menurut sumber perubatan dan keselamatan Palestin.

Mangsa, Akram Dair, 40, yang berasal dari sebuah kampung di Tebing Barat berhampiran Ramallah memandu kereta bersama dua rakyat Palestin yang lain ketika pengawal sempadan melepaskan tembakan ke arah mereka. Rakyat Palestin yang cedera dibawa ke hospital di Ramallah.

Pegawai Keselamatan Palestin berkata, mereka dilihat cuba memasuki Jerusalem bagi mencari pekerjaan secara haram.

Rakyat Palestin di Tebing Barat tidak dibenarkan masuk ke wilayah Israel tanpa permit daripada pihak berkuasa negara itu, termasuk Timur Jerusalem yang sudah dirampas Yahudi.

Jurucakap tentera mengesahkan kejadian berlaku di jalan utama yang menghubungkan Tebing Barat ke Jerusalem tetapi beliau enggan memberi maklumat secara terperinci. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain