suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duta Venezuela Ke Kenya Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

NAIROBI, Kenya: Pegawai polis berkata, pemangku duta Venezuela ke Kenya ditemui mati di kediaman rasminya.

Ketua Polis Nairobi, Anthony Kibuchi pada Jumaat berkata, diplomat itu yang memangku jawatan duta, ditemui mati dipercayai dibunuh.

Beliau tidak mengulas lanjut mengenainya.

Pegawai Kementerian Luar Venezuela berkata, tiada ulasan mengenainya buat masa ini.

Kibuchi berkata, siasatan mengenai punca kematian sedang dijalankan dan polis telah mempersoalkan dua kakitangan di kediaman itu. - AP

Artikel Lain