suria

Wayar Meragukan Ditemui Di Dalam Pesawat Delta Air Lines

NEW YORK: Sebuah pesawat milik Delta Air Lines yang berlepas ke Madrid pada malam Khamis terpaksa berpatah balik ke New York ekoran penemuan sejenis wayar meragukan yang diletakkan di dalam tiub plastik.

Pesawat Boeing 767-300 yang membawa 206 penumpang mendarat dengan selamat di lapangan terbang John F.Kennedy pada 9.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit selepas berlepas.

Delta menyifatkan situasi itu sebagai kebimbangan terhadap tahap keselamatan penumpang tanpa menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik ke New York bagi memastikan keselamatan penumpang.

Namun, jurucakap polis, Paul Browne berkata, dua wayar di dalam tiub plastik ditemui di dalam bilik mandi, satu di atas singki manakala satu lagi di dalam tandas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain