suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet Wanita India Didakwa Sebenarnya Lelaki Nafi Rogol

KOLKATA: Seorang atlet wanita India yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2006 pada Rabu menafikan beliau merogol bekas teman wanitanya yang mendakwa beliau sebenarnya adalah seorang lelaki.

Pinki Pramanik, 26, yang dibebaskan daripada tahanan polis selepas diikat jamin atas dakwaan merogol beks teman wanitanya berulang kali yang tinggal bersama selama beberapa bulan di bandar Kolkata.

“Saya telah dimalukan. Saya akan bercakap dengan peguam saya untuk mencabar dakwaan yang dikenakan terhadap saya,” kata Pramanik kepada pemberita selepas beliau meninggalkan pusat tahanan.

“Saya akan balik ke flat saya. Saya berterima kasih kepada sesiapa yang menyokong saya,” kata Paramanik.

Selepas Pramanik yang ditahan pada 14 Jun lalu, mahkamah majistret mengarah beliau untuk menjalani pemeriksaan jantina di hospital SSKM di Kolkata, dan doktor berkata, keputusan itu telah diserahkan kepada mahkamah pada Selasa.

Pramanik, yang bersara pada 2007 didakwa oleh bekas teman wanitanya atas tuduhan merogol selepas atlet itu enggan memberikannya AS$5,400 (RM17,187). - AP

Artikel Lain