suria

Warga AS Hina Raja Thailand Terima Pengampunan Diraja

Joe Gordon. Foto EPA
Joe Gordon. Foto EPA
Joe Gordon. Foto EPA

BANGKOK: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) kelahiran Thailand yang dipenjarakan kerana menghina Raja Thailand telah mendapat pengampunan diraja, kata seorang pegawai pada Rabu.

Joe Wichai Commart Gordon, seorang jurujual kereta dari Colorado yang dikenakan hukuman penjara selama dua setengah tahun pada Disember di bawah undang-undang Thailand, di mana hak-hak berkempen digunakan untuk kebebasan bersuara.

Pembebasannya itu sejurus sebelum Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dijadualkan bertemu dengan Setiausaha AS, Hilary Clinton pada forum perniagaan di Kemboja pada Jumaat ini.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan pada Mei 2011 ketika berkunjung ke Thailand, selepas menyiarkan bahan secara dalam talian yang merupakan terjemahan dalam bahasa Thailand daripada buku biografi Raja Bhumnibol Adulyadei versi bahasa Inggeris.

Gordon mendapat kemaafan diraja pada Selasa, kata pengawai kanak Jabatan Koreksi kepada AFP pada Rabu.

Penjara Reman Bangkok berkata, lelaki itu meninggalkan penjara pada lewat Selasa.

“Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa warga AS, Joe Gordon telah mendapat kemaafan diraja yang membolehkannya dibebaskan daripada penjara,” kata pegawai kedutaan AS, Walter Braunohler. - AFP

Artikel Lain