suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Jakarta Undi Gabenor Hari Ini

JAKARTA: Warga ibu kota Indonesia pada Rabu keluar mengundi untuk memilih gabenor yang baru.

Antara calon popular yang akan memberi saingan sengit kepada lain-lain calon untuk jawatan ketua eksekutif bandar raya ini ialah jutawan Fauzi Bowo - yang mana hasil lukisan Van Gogh merupakan sebahagian daripada koleksi peribadinya.

Pencabarnya yang terdekat ialah Joko Widodo, datuk bandar Solo di Jawa Tengah.

Fauzi Bowo disokong oleh Parti Demokratik Indonesia pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Gabenor baru Jakarta berhadapan dengan cabaran kesesakan lalu lintas yang sangat kronik, banjir di kawasan setinggan dan juga pencemaran udara dan air yang teruk.

Adalah dianggarkan 1,000 kenderaan baru muncul di jalan-jalan utama di bandar ini setiap hari. Keseluruhannya terdapat lapan juta kenderaan mundar-mandir setiap hari di sini.

Jakarta secara rasminya dihuni oleh 10 juta penduduk tetapi angka ini berubah di siang hari apabila berjuta lagi manusia memasukinya dari pinggir bandar untuk datang bekerja setiap hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain