suria

134 Terbunuh Dalam Tragedi Banjir Kilat Di Selatan Rusia

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 134 maut dalam kejadian banjir kita yang melanda Krasnodar, wilayah selatan Rusia.

Ia dianggap bencana terburuk di wilayah berkenaan dalam dekad ini.

Presiden Vladimir Putin melakukan tinjauan udara menerusi helikopter di kawasan yang mengalami kerosakan teruk serta mengadakan mesyuarat khas dengan pegawai tempatan.

Beliau turut bersimpati dan mengakui terdapat unsur diskriminasi selepas penduduk mendakwa pihak berkuasa gagal memberi bantuan yang sepatutnya.

Klip video televisyen menunjukkan arus air banjir menenggelamkan jalan raya dan perumahan penduduk di Bandar Krymsk.

Penduduk mendakwa mereka terkejut apabila banjir melimpahi kawasan pekan dan jalan raya serta menenggelamkan beberapa buah bangunan.

Di Krymsk, sebahagian besar penduduk terpaksa bergegas menyelamatkan diri selepas banjir kilat melanda kediaman mereka sehingga ada yang terperangkap.

Pihak berkuasa setakat ini menganggarkan lebih 13,000 penduduk terjejas akibat banjir kilat berkenaan, khususnya di daerah Krymsk.

Artikel Lain