suria

Google Chrome Untuk Pengguna iPad Dan iPhone

SAN FRANCISCO: Google, pada hari Khamis membawa pelayar laman web yang menggunakan iPad dan iPhone, peranti popular Apple yang dibina dengan program Safari, menggunakan perisian Chrome untuk melayari internet.

"Orang ramai telah meminta untuk menggunakan Chrome pada iPhone," Pengarah Pengurusan Produk Chrome Brian Rakowski berkata sambil menunjukkan program pelayaran internet baru itu yang bakal dimuatkan di App Store dalam talian Apple.

"Kami mendapati mengapa perlu berhenti setakat itu, jadi kita akan melancarkan Chrome untuk iPad juga."

Safari kekal sebagai aplikasi pelayar dalam peranti keluaran Apple dan menjadi "enjin" untuk Chrome atau aplikasi pelayaran web yang lain bergantung.

"Ia adalah jelas bukan Chrome berkuasa dalam Windows dan Android," Naib Presiden Kanan Chrome Sundar Pichai berkata dalam satu temu bual pada persidangan tahunan pemaju Google di San Francisco.

"Saya fikir kita mampu untuk berfungsi dengan baik," katanya lagi.

Google mengumumkan Chrome untuk iPad dan iPhone bagi meningkatkan dan membuat penyelarasan perisian untuk pelayar yang menggunakan peranti berkaitan internet yang biasa digunakan dalam gaya hidup moden.

Orang ramai boleh mula membuat pelayaran dengan Chrome pada Macbook, telefon pintar, tablet, atau komputer lain, Rakowski menunjukkan demonstrasi pada perhimpunan tahunan syarikat kepada pemaju.

"Chrome dibina untuk web yang lebih baik," kata Pichai semasa pembentangan.

"Kami mahu memastikan Chrome dapat bekerja dengan lancar merentasi semua peranti anda," katanya lagi. "Tiada pelayar lain yang melakukan ini."

Google pada Khamis juga membuat perkhidmatan simpanan data dalam talian pada iPhone, iPod dan iPad, bersama Microsoft SkyDrive dan lain-lain sebagai persaingan untuk Apple iCloud.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain