suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stesen Televisyen Syria Diserang, Tiga Staf Terbunuh

BEIRUT: Tiga kakitangan terbunuh apabila lelaki bersenjata menyerang ibu pejabat stesen televisyen milik kerajaan Syria, pada Rabu.

SANA berkata, serangan terhadap Stesen Televisyen Ikhbariya di bandar Drousha, kira-kira 20 kilometer selatan Damsyik itu berlaku pada awal pagi Rabu.

Seorang kakitangan stesen itu berkata, lelaki bersenjata menyerang masuk di dua daripada bangunan stesen berkenaan dan kemudiannya menahan beberapa pengawal keselamatan serta meletupkan struktur bangunan terbabit.

Kakitangan itu berkata, suspek menutup mata beliau dan membawanya dengan kereta kira-kira 200 meter serta terdengar bunyi letupan. - AP

Artikel Lain