suria

Suspek Bantu Rancang Serangan Militan Di Mumbai Ditahan

Hotel Taj Mahal terbakar dalam serangan kumpulan Militan di Mumbai pada 29 November 2008.
Hotel Taj Mahal terbakar dalam serangan kumpulan Militan di Mumbai pada 29 November 2008.
Hotel Taj Mahal terbakar dalam serangan kumpulan Militan di Mumbai pada 29 November 2008.

NEW DELHI: Menteri Luar S.M.Krishna mengesahkan polis India telah menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai membantu rancangan serangan kumpulan militan di Mumbai pada 2008.

Serangan yang dilakukan 10 lelaki bersenjata selama 60 jam ke atas bandar kewangan India itu meragut 166 nyawa.

Abu Hamza yang dilahirkan di India merupakan anggota kumpulan militan Pakistan, Lashkar-e-Taiba (LeT).

New Delhi percaya kumpulan tersebut bertanggungjawab melakukan serangan itu yang turut menjejaskan hubungan dengan negara jiran, Pakistan.

Menurut pihak berkuasa, Hamza adalah lelaki yang mana suaranya dirakam ketika bercakap dengan anggota militan yang terlibat dalam serangan itu menerusi telefon dari Pakistan.

Hamza turut dikatakan melatih kumpulan militan itu bertutur dalam bahasa Hindi.

Pakistan telah membicarakan mereka yang didakwa mendalangi serangan tersebut, namun berulang kali menafikan penglibatan badan perisikannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain