suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100 Maut Dalam Keganasan Di Syria

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 100 maut yang mana dua pertiga daripada mereka adalah orang awam susulan keganasan yang tercetus di sekitar Syria pada Ahad.

Insiden tersebut berlaku apabila anggota keselamatan rejim negara itu meningkatkan serangan di bandar negara itu.

Perkara itu disahkan Badan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia di sini, Ahad.

Kumpulan pemantauan yang berpangkalan di Britain itu berkata, 65 orang awam terbunuh dalam serangan bom ke atas kubu kumpulan pemberontak termasuk satu keluarga terdiri daripada enam ahli di Deir Ezzor, timur Syria.

“Seramai 19 anggota tentera terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak, di mana tiga daripada mereka maut,” katanya.

Sementara itu, 10 anggota tentera turut ditembak mati selepas cuba berpaling tadah menyertai tentera anti-rejim.

Artikel Lain