China Seru Asean Bersikap Bebas Dalam Hadapi Cabaran Global - Dunia | mStar

China Seru Asean Bersikap Bebas Dalam Hadapi Cabaran Global

BEIJING: China menyeru negara anggota Asean supaya tidak terpengaruh oleh kuasa besar dalam menghadapi cabaran baharu global dalam bidang politik dan ekonomi ketika ini.

"Asean perlu membuat keputusan secara bebas untuk menggerakkan rantau ini ke hadapan. Sekiranya Asean menyebelahi mana-mana pihak, pertubuhan itu akan hilang kaitannya," kata Naib Menteri Luar China Fu Ying dalam wawancara dengan akhbar China Daily.

Beliau berkata, Asean perlu memainkan peranan penting mengikut caranya yang telah teruji dan berjaya ketika kuasa besar membentuk hubungan baharu masing-masing di rantau ini.

Kata Fu, hubungan China dengan negara anggota Asean mempunyai "keutamaan yang tidak boleh dipersoalkan" dan China akan terus menyokong kedudukan penting Asean dalam kerjasama Asia Timur.

Beliau berkata, sejak hubungan sebagai rakan dialog diwujudkan pada awal 1990-an, hubungan Asean-China mengalami kemajuan yang amat pesat.

"Kami juga menghadapi banyak cabaran. Tapi, cabaran ini dijadikan peluang untuk mengukuhkan hubungan antara kami, bukan merosakkan hubungan yang telah terjalin," katanya.

Mengenai pertikaian berhubung Laut China Selatan, beliau berkata China ingin menangani isu itu secara aman melalui rundingan terus dengan negara terbabit.

"Pada waktu yang sama, kami juga perlu melindungi kedaulatan serta hak dan kepentingan maritim China. Kami sentiasa komited untuk bekerjasama dengan negara berkenaan bagi mencapai penyelesaian secara bijak dan berpandangan jauh," katanya.

Fu berkata lebih 80 peratus barangan dagangan China diangkut melalui Laut China Selatan.

"Oleh itu, keselamatan laluan pelayaran amat penting bagi China. Kami akan lakukan segala yang terdaya untuk memastikan wujudnya keamanan di rantau ini," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain