suria

Dua Pengikut Kumpulan Radikal Islam Maut Dalam Serangan Tentera Israel

BANDAR GAZA: Dua warga Palestin yang juga pengikut radikal Islam maut dalam satu serangan yang dilakukan tentera Israel di utara Gaza pada Isnin.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan berani mati di sempadan Mesir menyebabkan seorang warga Israel terbunuh.

"Dua rakyat Palestin maut dalam serangan udara tentera Israel yang disasarkan terhadap anggota kumpulan pengganas," kata jurucakap perkhidmatan kecemasan yang dikendalikan Hamas, Adham Abu Selmiya.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan tersebut tetapi enggan memperincikan lebih lanjut sama ada serangan itu ada hubung kait dengan insiden awal pagi Isnin di sempadan Mesir.

"Saya mengesahkan bahawa serangan disasarkan ke atas dua anggota kumpulan pengganas di utara Genting Gaza," katanya.

Beberapa saksi mengenal pasti dua lelaki terbabit sebagai ahli kumpulan radikal Islam yang menaiki motosikal berhampiran sempadan Israel ketika serangan berlaku.

Kedua-duanya dikenali sebagai Mohamed Shabat dan Ismail Odeh, masing-masing berusia sekitar awal 20-an.

Artikel Lain