suria

15 Mati Gempa Bumi Terkini Di utara Itali

MIRANDOLA, Itali: Satu gempa bumi kuat membunuh sekurang-kurangnya 15 orang setelah ia menggegarkan utara Itali pada Selasa.

Kilang-kilang dan gereja runtuh, di mana ribuan masih tiada tempat tinggal selepas dilanda gempa bumi yang lebih kuat sembilan hari lalu.

Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menambah kesengsaraan yang dirasai penduduk di rantau Emilia Romagna, bandar-bandar di utara Bologna, salah satu kawasan terkenal dengan pertanian dan industri perlindungan di Itali.

Gempa bumi itu melanda sejurus selepas pukul 9.00 pagi dengan pusat gempa 40 kilometer (25 batu) barat laut Bologna, mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat - hanya beberapa (batu) kilometer jauhnya dari pusat gempa yang menyebabkan ramai yang maut pada 20 Mei 20 lalu.

Gempa bumi itu dirasai dari Piedmont di barat laut Itali ke Venice di timur laut dan jauh ke utara seperti Austria. Ia diikuti banyak gempa susulan, dengan beberapa gempa mencatatkan ukuran lebih 5.0 magnitud.

Walaupun gempa bumi pada Selasa kira-kira 100 kali kurang dahsyat daripada gempa bumi 6.0 pada 20 Mei, angka kematian adalah lebih dua kali ganda berbanding gempa awal yang menyebabkan tujuh kematian.

Dalam kedua-dua gempa, mereka yang terkorban termasuk pekerja yang terbunuh oleh runtuhan kilang-kilang dan gudang.

Pegawai agensi Perlindungan Awam berkata sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, kira-kira 100 cedera dan tidak ada bilangan yang tepat mereka hilang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain