suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

300 Pemantau PBB Dihantar Ke Syria Minggu Depan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, penghantaran 300 anggota pemantau gencatan senjata ke Syria boleh dimulakan minggu depan walaupun pihaknya percaya krisis yang melanda semakin kritikal ketika ini.

Ban menegaskan, rejim Presiden Bashar al- Assad melindungi pemerhati PBB yang tidak bersenjata dan membolehkan mereka bergerak bebas di seluruh negara.

"Ia adalah sangat penting bahawa kerajaan Syria perlu memberikan perlindungan penuh kepada anggota misi pemantau kami dan memastikan kebebasan mereka untuk mengakses serta bergerak," katanya.

Beliau berkata, Assad perlu memastikan kerjasama daripada kerajaan Syria termasuk penggunaan pengangkutan udara seperti kapal terbang dan helikopter.

Katanya, beliau sudah menyampaikan pesanan tersebut kepada wakil PBB di Syria, Bashar Jaafari minggu lalu.

Artikel Lain