suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robohkan Kawasan Setinggan, Satu Terbunuh, Puluhan Lagi Cedera

MANILA: Rusuhan antara penduduk dengan pasukan polis ketika proses merobohkan kawasan penempatan setinggan di jalan utama di bandar raya Filipina, mengorbankan satu nyawa manakala puluhan lagi cedera dalam insiden tersebut.

Ratusan penduduk setinggan membakar tayar, membaling batu, botol dan beg berisi perut ikan ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata.

Bagaimanapun punca kematian lelaki berkenaan belum dapat dikenalpasti.

Seorang kakitangan hospital memaklumkan ada yang cedera akibat terkena tembakan.

Datuk bandar Paranaque, Bernabe Jr, berkata penduduk setinggan berkenan masih lagi membantah usaha merobohkan penempatan mereka yang dibina di kawasan pasar lambak walaupun pihak kerajaan telah berjanji untuk menyediakan sebuah kawasan perumahan baru untuk mereka.

Aktiviti merobohkan kawasan setinggan di kota metropolitan Filipina sering bertukar menjadi tragedi berdarah kerana 1/3 daripada 12 juta penduduk Manila tinggal di kawasan yang sesak.

Artikel Sebelum

Sudan Isytihar Perang

Artikel Berikut

Artikel Lain