suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

65 Pelajar Malaysia Tamat Pengajian Perubatan Di Ukrida

JAKARTA: Seramai 65 mahasiswa Malaysia tamat kursus perubatan di Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida) di sini, menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen universiti itu pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 43 orang merupakan graduan wanita.

Selepas ini mereka akan menjalani latihan klinikal di hospital selama satu setengah tahun di Indonesia atau dua tahun di Malaysia.

Mahasiswa Malaysia itu adalah sebahagian daripada 216 graduan perubatan universiti itu daripada keseluruhan 464 orang garduan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen itu.

Ukrida sehingga kini sudah menghasilkan kira-kira 80 doktor umum dari Malaysia yang sudah kembali ke tanah air.

Sementara itu Pengarah Bahagian Luar Negara Ukrida Dr J. Goenawan berkata Ukrida yang telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kolej Universiti Syahputra Malaysia akan menghantar pensyarahnya ke institusi pengajian tinggi itu untuk membantu memulakan kursus perubatan pada Ogos depan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain