suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Xiaomi Jual 150,000 Unit Telefon Pintar Dalam Masa 12 Minit

BEIJING: Xiaomi Corporation, syarikat pengeluar telefon pintar China, telah menjual 150,000 unit telefon pintar dalam masa 12 minit apabila jualan pusingan ketujuh dibuka atas talian, Selasa lepas. Lebih 1.65 juta unit telefon pintar Xiaomi telah dijual sejak memasuki pasaran pada 20 Oktober tahun lepas, menurut syarikat itu hari ini.

Xiaomi hanya menjual produknya Atas talian dengan jumlah terhad pada masa-masa tertentu sahaja kerana keupayaan pengeluaran terhad, katanya.

Telefon pintar Xiaomi dalam kelas paling canggih, ditawarkan dengan harga mampu milik sekitar 2,000 yuan (RM971) iaitu lebih separuh daripada harga telefon pintar popular Apple iPhone.

China kini muncul sebagai pengeluar telefon bimbit utama dunia dan negara itu telah mengeksport 875 juta buah telefon bimbit pada 2011 dengan jumlah keseluruhan nilai eksport negara itu mencecah US$62.76 bilion (RM192.20 bilion). - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain