suria

New Zealand Rancang Haram Penjenamaan Pada Kotak Rokok

WELLINGTON: New Zealand, pada Khamis, mengumumkan rancangannya untuk memaksa syarikat pengeluar rokok menjual produk mereka dengan bungkusan kosong, berikutan undang-undang pertama dunia yang diluluskan di Australia.

Kerajaan telah bersetuju "secara prinsipal" untuk menerima pakai undang-undang pembungkusan kosong pada produk tembakau, tertakluk kepada perundingan awam yang akan diadakan lewat tahun ini, kata Menteri Kesihatan Bersekutu, Tariana Turia.

Turia berkata pengharaman pada penjenamaan rokok pada bungkusan adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk membasmi tabiat merokok di New Zealand menjelang tahun 2025, yang termasuk dalam perundangan awal tahun ini bagi mencegah peruncit dari secara terbuka mempamerkan produk tembakau.

"Pembungkusan kosong merupakan langkah seterusnya untuk memastikan bahawa sebaik sahaja rokok berada dalam tangan dan rumah perokok, pek bungkusan itu tidak menggalakkan apa-apa selain daripada amaran kesihatan yang serius dan mesej berhenti merokok," katanya dalam satu kenyataan.

Turia berkata kerajaan bertekad untuk mengurangkan kadar kematian, penyakit dan peluasan kos sosial dan ekonomi yang disebabkan oleh rokok.

Undang-undang Australia sedang dicabar di mahkamah oleh empat syarikat gergasi tembakau global dan Turia berkata larangan New Zealand akan tertakluk kepada cadangan dan penelitian secara "berhati-hati dan teguh" sebelum memperkenalkannya.

"Saya yakin bahawa kita boleh mengadakan pembungkusan kosong yang akan memenuhi semua komitmen antarabangsa kami, termasuk perjanjian global mengenai kawalan tembakau utama serta ... perdagangan dan perjanjian pelaburan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain