suria

Gempa Bumi Sederhana Gegar Timur Nepal

KATHMANDU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 menggegarkan timur Nepal pada jam 5.10 pagi Rabu waktu tempatan.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa ialah 63 kilometer di timur laut hab perindustrian Biratnagar berdekatan sempadan India.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan.

"Ia adalah gempa bumi sederhana dan gegaran dapat dirasai di banjaran timur dan tanah rendah di tenggara negara ini,” kata pegawai Rangkaian Seismologi Kebangsaan Nepal, Umesh Gautam.

Artikel Berikut

Artikel Lain