suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Osama Bakal Hadapi Tuduhan Masuki Pakistan Secara Haram

ISLAMABAD: Sebuah mahkamah di Pakistan dijangka mendakwa keluarga Osama bin Laden atas kesalahan memasuki dan menduduki negara itu secara haram.

Peguambela keluarga Osama, Mohammad Amir berkata, pertuduhan itu dikenakan terhadap tiga balu dan dua anak perempuan bekas pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda tersebut apabila kes disambung semula 2 April ini.

Mahkamah tersebut menyerahkan salinan kes dan bukti kepada lima wanita tersebut pada Isnin.

Kesemua tertuduh ditahan sejak Mei lalu apabila askar Amerika Syarikat berjaya membunuh Osama di kediamannya di Pakistan.

Kerajaan Pakistan berkata mereka tidak mengetahui bahawa Osama berada di Abbottabad.

Osama dan beberapa isterinya didakwa tinggal bersama dengan lapan anak dan tiga pekerjanya.

Artikel Lain