suria

Boeing Ketengahkan Portfolio Pertahanan Untuk Pasaran India Di Defexpo

NEW DELHI: Boeing akan mempamerkan portfolio menyeluruh produk dan perkhidmatan di Defexpo India 2012, termasuk C-17 Globemaster III, P-8I, AH-64D Apache, CH-47F Chinook, V-22 Osprey, ScanEagle dan 737 Airborne Early Warning & Control.

Defexpo akan diadakan pada 29 Mac hingga 1 April di pusat konvensyen Pragati Maidan di New Delhi.

"India ialah pasaran besar untuk Boeing dan komited untuk bekerjasama rapat dengan kementerian pertahanan, pasukan bersenjata dan industri pribumi untuk memenuhi keperluan pertahanan dan keselamatan India," kata Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Pertahanan Boeing, Angkasa dan Keselamatan di India, Dennis Swanson. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Suu Kyi Semakin Pulih

Artikel Berikut

Artikel Lain