suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cegos Buka Ibu Pejabat Asia Pasifik Baru Di Singapura

SINGAPURA: Cegos, pertubuhan latihan terbesar di Eropah, menubuhkan ibu pejabat barunya bagi Asia Pasifik di Singapura untuk meneroka potensi yang luas dalam pembelajaran dan pembangunan di rantau ini. Ia telah melantik Jeremy Blain sebagai pengarah urusan, yang memikul tanggungjawab strategik dan operasi bagi rantau ini.

Cegos Group diasaskan pada 1926 di Perancis, dan merupakan satu daripada peneraju dunia dalam latihan profesional bagi pengurus dan pasukan masing-masing.

Pada 2011, Cegos Group mencapai perolehan berjumlah S$$300 juta dan melatih lebih 200,000 pengurus di peringkat antarabangsa.

Hab baharu Cegos di Singapura ini menambah operasinya yang sedia ada di China dan Hong Kong. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain