suria

Boeing 787 Dreamliner Air India Buat Kemunculan Sulung Di New Delhi

Boeing 787 Dreamliner milik Air India, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, Isnin.

NEW DELHI: Pesawat komersil paling canggih di dunia, Boeing 787 Dreamliner milik Air India, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di sini Isnin.

Ia melakukan penerbangan langsung tanpa henti dari Seattle, Amerika Syarikat.

"Kami berbangga membawa pesawat itu ke India," kata Naib Presiden Kanan Jualan Asia Pasifik dan India Boeing Commercial Airplane Dinesh Keskar dalam satu kenyataan.

Pesawat itu akan dipamerkan secara statik di sini sebelum membuat kemunculan sulung di Pameran Penerbangan India 2012 di Hyderabad pada Rabu.

Sebanyak 60 pelanggan telah menempah lebih 800 pesawat 787 itu. - BERNAMA

Artikel Lain