suria

Imigran Fail Tuntutan Saman RM3.02 Juta Terhadap Sherif Arizona

PHOENIX: Seorang imigran dari Mexico yang menjalinkan hubungan dengan seorang polis berpangkat sherif di Arizona telah memfailkan tuntutan saman sejumlah AS$1 (RM3.02 juta) juta terhadap sherif dan daerah itu.

Pengawai kepada sherif itu berkata, salinan saman tersebut telah diterima oleh pejabat mereka pada Isnin tetapi mereka enggan mengulas lanjut.

Sherif tersebut, Paul Babeu pada bulan lalu mengumumkan bahawa dia adalah seorang gay dan pernah mempunyai hubungan dengan Jose Orozco, pendatang yang juga merupakan sukarelawan kempen.

Orozco telah mendakwa Babeu mengancam untuk mengusir dia sekiranya mendedahkan hubungan mereka.

Babeu menafikan perkara itu dan meminta siasatan bebas dilakukan ke atas kes berkenaan.

Akhbar Arizona Republik berkata, tuntutan Orozco mmenimbulkan kerumitan baru untuk Babeu, yang menyempurnakan penggal pertama beliau sebagai sherif dan sedang berusaha untuk menduduki kerusi kongres di daerah di Arizona itu. – AP

Artikel Lain