suria

Bloomberg Lancar Evolusi Produk Global

SINGAPURA: Bloomberg, peneraju maklumat perniagaan, kewangan dan laporan terkemuka dunia telah mengumumkan versi terbarunya iaitu perkhidmatan Bloomberg Professional - Bloomberg NEXT.

Para profesional yang terlibat dalam perniagaan dan kewangan yang mahu mendapatkan berita terkini dalam pasaran global pada Selasa yang kian sengit boleh mendapatkan maklumat yang lebih pantas dan mendalam menerusi perkhidmatan Bloomberg Professional (the Terminal) yang telah menyatukan dan mengintegrasikan data, laporan dan analisisnya.

Bloomberg NEXT ialah hasil proses reka bentuk yang mengambil masa bertahun-tahun dan dikendalikan oleh bahagian Penyelidikan & Pembangunan Bloomberg.

Ia terdiri daripada kumpulan yang melebihi 3,000 pakar teknologi.

Selain daripada itu, sekumpulan pelanggan terpilih dengan sukarelanya membenarkan Bloomberg mengkaji "keystrokes" dan arahan yang kebanyakannya digunakan dalam keseluruhan fungsi.

Matlamatnya ialah untuk terus memudahkan pengguna produktviti dan pada masa yang sama menjadikan pengemudian lebih menarik dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Lebih 100,000 pengguna telahpun bertukar kepada Bloomberg NEXT.

Syarikat juga telah memulakan kempen global untuk menukarkan kesemua penggunanya, iaitu hampir 310,000 profesional perniagaan dan kewangan terkemuka, kepada Bloomberg NEXT menjelang akhir tahun.

Pengasas bersama Bloomberg LP, naib presiden dan ketua bahagian produk dan perkhidmatan kewangan syarikat, Tom Secunda berkata perniagaan yang kian kompleks dan saling hubung pasaran kewangan global telah berkembang dengan pesatnya.

Beliau berkata para profesional perniagaan dan kewangan perlu mendapatkan maklumat terkini untuk membuat keputusan pelaburan yang pintar.

"Kami telah mereka bentuk semula Terminal untuk memastikan pelanggan kami mendapat jawapan terbaik, tercepat dan paling berguna," kata beliau dalam tele-persidangan di sini semasa pelancaran produk dari New York, Selasa.

Secunda berkata rentak perubahan dalam pasaran kewangan hanya boleh bergerak pantas dan untuk ini, ia memerlukan lebih banyak maklumat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain