suria

Ancaman Bom Di Bangkok: Tiga Lagi Disiasat Polis

BANGKOK: Tiga lagi rakyat Iran disoal siasat oleh polis Thailand apabila mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan anbcaman bob yang dikesan di Bangkok pada Hari Valentine.

Jurucakap polis negara, Mejar Jeneral Piya Uthayo berkata, dua lelaki dan seorang wanita ditemui Ahad semasa mereka mencari apartment di ibu negaran yang disewakan oleh seorang wanita Iran yang turut dikehendaki dalam kes berkenaan.

Piya berkata, tiga individu itu disiasat pada Isnin belum lagi ditahan.

Piya mengenal pasti salah seorang daripada mereka adalah Madani Seyed Mehrded berusia 33 tahun yang mempunyai hubungan dengan suspek yang ditahan, termasuk seorang lelaki Iran yang meletupkan kakinya dengan tidak sengaja sewaktu dia melarikan diri daripada polis pada 14 Februari lalu. - AP

Artikel Lain