suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Nafi Khabar Angin Kes SARS Dikesan di Hebei

BEIJING: Kementerian Kesihatan China menafikan khabar angin kononnya kes SARS dikesan di sebuah hospital tentera di bandaraya Baoding di Provinsi Hebei.

Kementerian itu menyatakan wabak penyakit yang disyaki berlaku di Provinsi Hebei sebenarnya ialah demam akibat jangkitan pernafasan berpunca daripada adenovirus jenis 55.

Menurutnya wabak penyakit itu terkawal dan tiada kes kematian dilaporkan setakat 8 pagi, 25 Februari.

Khabar angin mengenai kes SARS dikesan di Baoding tersebar luas di internet pada 23 Feb, menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna online di negara ini.

Khabar angin itu mendakwa kes SARS dikesan di hospital Baoding People's Liberation Army, mengakibatkan lebih 50 pesakit dikuarantin dan sekurang-kurangnya seorang mati akibat penyakit itu.

Jangkitan adenovirus biasanya menyerang sistem pernafasan yang mungkin menyebabkan demam, batuk dan sakit tekak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain