suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Jerman Dakwa Dipukul Di Iran

BERLIN: Seorang wartawan warga Jerman mendakwa dirinya dipukul oleh pengawal semasa hampir lima bulan dipenjarakan di Iran dan dia juga mendengar “jeritan dahsyat” daripada penghuni-penghuni lain yang diseksa.

Marcus Hellwig memberitahu akhbar Ahad Bild am Sonntag, dia kerap dipukul pada 10 hari “kejam” pertama di dalam kurungan sehingga seorang diplomat Jerman campur tangan.

Ia merupakan komen pertama Hellwig sejak dibebaskan setahun yang lalu selepas Menteri Luar Jerman, Guido Westerlle ke Tehran untuk satu pertemuan dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Westerwelle kemudian membawa Hellwig dan jurugambar warga Jerman, Jens Koch pulang ke tanah air.

Wartawan terbabit telah memasuki Iran menggunakan visa pelancong dan ditahan ketika menemuramah seorang anak peguam kepada seorang wanita yang dihukum mati dengan keadaan direjam kerana berzina. – AP

Artikel Lain