suria

Gempa Bumi Sederhana Gegar Indonesia

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan Laut Maluku, Indonesia pada pukul 3.06 petang Sabtu.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu ialah di 186km barat daya Tidore, Indonesia dan 1,104km barat daya Semporna, Sabah.

Tiada ancaman tsunami berikutan gempa bumi itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain