suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah Arah Kesemua Pesawat Airbus A380 Diperiksa Semula

FRANKFURT: Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) mengarahkan kesemua 67 buah pesawat Airbus A380 diperiksa semula ekoran laporan keretakan pada sayapnya.

Pesawat superjumbo Airbus A380 adalah pesawat penumbang terbesar dunia.

Januari lalu, EASA telahpun mengeluarkan arahan yang sama ke atas 20 buah pesawat dari model yang serupa selepas keretakan ditemui pada pesawat-pesawat model itu milik Singapore Airlines, Emirates dan Air France.

Bulan lalu, Naib Presiden Airbus, Tom Williams telah mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa keretakan kecil itu tidak mengancam keselamatan pesawat dan dapat diperbaiki dengan mudah.

"Ini bukanlah masalah logam yang sudah luluh," kata Williams.

Bagaimanapun EASA yang terkenal di seluruh dunia sebagai badan kawalan keselamatan pesawat yang paling rigid tidak mahu mengambil sebarang risiko berhubung insiden ini.

Artikel Lain