suria

100 Buah Negara Termasuk M'sia Sokong Penubuhan Agensi Alam Sekitar Dunia

PARIS: Lebih 100 buah negara kini telah memberi kata sokongan ke atas penubuhan Pertubuhan Alam Sekitar Dunia yang dicadangkan oleh Perancis dan akan diumumkan pada sambutan Ulang Tahun Ke-20 Sidang Kemuncak Rio Jun depan.

Menteri Ekologi Perancis, Nathalie Kosciusko-Morizet berkata, mereka berasa gembira kerana lebih dari 100 buat negara telah menyatakan komitmen mereka untuk menyokong penubuhan agensi dunia mengenai alam sekitar itu.

Penubuhan sebuah agensi di peringkat dunia itu bertujuan untuk memberi kekuatan dan pengaruh yang lebih besar kepada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di dalam menangani krisis alam sekitar global.

Antara fungsi utama agensi baru ini nanti ialah menetapkan satu standard atau piawaian yang seragam ke atas pemeliharaan alam sekitar dunia yang lebih berkesan dan memastikan ia dilaksanakan di semua peringkat.

Bercakap kepada para pemberita di sini, Kosciusko-Morizet bagaimanapun memberitahu bahawa Amerika Syarikat masih belum menyatakan pendirian rasmi mengenai cadangan penubuhan ini.

Namun begitu beliau berkata, 30 buah negara Eropah, 54 anggota Kesatuan Afrika dan pelbagai negara Asia seperti Thailand, Malaysia dan Nepal serta Amerika Selatan seperti Chile dan Uruguay telah menyatakan sokongan ke atas penubuhan agensi baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain