suria

Jakarta Tidak Akan Dilanda Ribut Tropika

JAKARTA: Pihak berkuasa menegaskan bahawa Jakarta tidak akan dilanda ribut tropika serta taufan Katrina sebagaimana yang didesas-desuskan sehingga kononnya ribut dan taufan itu akan menyebabkan ibukota ini diancam banjir.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menjelaskan bahawa kawasan Jakarta dan sebahagian besar Indonesia bukan termasuk dalam laluan ribut tropika.

"Jakarta umumnya hanya akan terkena tempias atau ekor dari ribut tropika yang berlaku di Lautan Hindi.

"Semasa banjir Jakarta pada tahun 2002 dan 2007, berlaku hujan secara terus-menerus selama tiga hingga lima hari dengan intensiti tinggi dan ukuran jumlah hujan yang melebihi normal," kata BNPB dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Hujan itu, katanya dipengaruhi oleh berlakunya ribut tropika dan tekanan udara yang rendah di sebelah Barat Daya dari Pulau Jawa, yang terletak di Lautan Hindi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain