Indonesia Siapkan 8,000 Pembantu Rumah Untuk Dihantar Ke Malaysia - Dunia | mStar

Indonesia Siapkan 8,000 Pembantu Rumah Untuk Dihantar Ke Malaysia

JAKARTA: Indonesia sedang menyiapkan sehingga 8,000 pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia pada Mac ini berikutan penarikan balik moratorium pengiriman pekerja di sektor tidak formal itu mulai awal bulan lepas.

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat berkata antara 5,000 hingga 8,000 pembantu rumah sedang disediakan untuk tujuan itu.

Tenaga kerja Indonesia di Malaysia masih didominasi oleh pekerja sektor lain seperti perhotelan, perkhidmatan, perladangan dan pelancongan, namun pekerja sektor pembantu rumah yang paling banyak mengalami masalah, katanya dalam siaran berita BNP2TKI di sini.

"Sebenarnya dengan adanya kesepakatan dengan kerajaan Malaysia, ini bererti ada perlindungan untuk pembantu rumah, pasport dipegang oleh mereka, kemudian ada hari cuti, upah cukup tinggi. Perkembangan ini sudah lebih bagus sekarang," kata Jumhur.

Indonesia yang melaksanakan moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada bulan Jun 2009, menarik balik langkah pemberhentian sementara itu pada 1 Dis lepas.

Penarikan balik moratorium itu adalah hasil kesepakatan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berunding di dua pertemuan iaitu di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat dan di Pulau Bali pada tahun lepas.

"Sekarang, kalau ada apa-apa kita tangani bersama. Selama ini kalau ada masalah kita yang tangani sendiri, sekarang mereka terlibat juga kalau ada masalah dengan tenaga kerja kita," kata Jumhur.

Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian Penempatan BNP2TKI Ade Adam Noch berkata dokumen Perjanjian Kerja (kontrak kerja) untuk digunakan di Malaysia akan dijadikan model terbaik kontrak kerja bagi pekerja sektor pembantu rumah yang akan dihantar ke negara lain.

Sehingga kini, hanya perjanjian kerja yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur, yang telah disahkan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Perjanjian Kerja Malaysia itu disahkan oleh kedua-dua kerajaan melalui Pasukan Petugas Bersama, manakala perjanjian kerja dari negara-negara Timur Tengah dan Asia Pasifik belum satupun disahkan melalui pejabat kedutaan besar negara penerima di Jakarta, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Tiga Pengawal Peribadi Oprah Ditahan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain