suria

IKEA Panggil Balik Kerusi Tinggi Bayi Di AS, Kanada

WASHINGTON: Gergasi perabot Sweden, IKEA memanggil semua 169,000 kerusi tinggi bayi yang dijual di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada berikutan laporan mengenai tali pinggang keselamatan yang boleh dibuka secara tiba-tiba.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Amerika Syarikat dan Kesihatan Kanada mengumumkan tindakan memanggil produk itu pada Jumaat manakala IKEA menyiarkan amaran itu dalam laman sesawang berkaitan kerusi tinggi ANTILOP yang dijual dari Ogos 2006 hingga Januari 2010 pada harga AS$20 (RM62).

Peraturan keselamatan berkata, IKEA menerima lapan aduan mengenai keselamatan tali pinggang itu termasuk tiga berkaitan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh dari kerusi berkenaan.

Kerusi tersebut dibuat di China dan dipasarkan di seluruh Amerika Utara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain