suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Bukti Pembunuhan Beramai-ramai Di Selatan Sudan:PBB

NAIROBI: Pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Selatan Sudan berkata, tiada bukti menunjukkan penemuan pembunuhan beramai-ramai di wilayah terbabit, tetapi mengeluarkan amaran bahawa 60,000 penduduk negara itu memerlukan bantuan segera.

Wakil Khas PBB ke Selatan Sudan, Hilde Johnson berkata, laporan berhubung lebih 3,000 mangsa dibunuh minggu lalu apabila ribuan remaja bersenjata menyerang wilayah Pibor di daerah Jonglei adalah palsu.

“Perkara paling mustahak adalah kami tidak menemui sebarang bukti yang mengesahkan angka itu,” katanya susulan lawatan ke kawasan yang dimaksudkan.

Laporan itu turut mendedahkan lebih 8,000 remaja bersenjata membakar rumah sehingga mengakibatkan penduduk lari meninggalkan kediaman mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain