suria

Carrefour Boikot Penjualan Sirip Ikan Yu Di Singapura

SINGAPURA: Peruncit gergasi Perancis, Carrefour akan menghentikan jualan produk sirip ikan jerung di outletnya di Singapura selepas kehabisan stok semasa dan sebagai tanda memboikot makanan istimewa itu, lapor media, Sabtu.

Jurucakap Carrefour memaklumkan akhbar Straits Times pasar raya itu tidak akan menambah lagi stok selepas mereka menjual produk yang menjadi kontroversi alam sekitar.

Syarikat itu adalah peruncit kedua terbesar di dunia dengan dua buah pasar raya beroperasi di pusat bandar Singapura.

Turut dimaklumkan keputusan itu dibuat atas inisiatif sendiri sebagai peruncit yang bertanggungjawab dari segi sosial, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada larangan itu turut akan diperluaskan kepada cawangan lain di seluruh dunia.

Sirip ikan yu masih menjadi makanan istimewa di Singapura, di mana ianya sering disajikan ketika perayaan masyarakat Cina dan majlis perkahwinan.

Menurut kumpulan pemuliharaan WWF, Hong KOng menjadi pengeluar utama sirip ikan yu di dunia.

WWF-Hong Kong berkata penggunaan sirip ikan yu faktor menjadi faktor di sebalik ancaman populasi ikan yu, dengan lebih daripada 180 spesis yang dianggap terancam pada tahun 2010 berbanding hanya 15 pada tahun 1996.

Laporan Carrefour dibuat sehari selepas rangkaian pasar raya terbesar di Singapura, NTUC FairPrice mengisytiharkan akan menghentikan jualan produk sirip ikan yu.

NTUC FairPrice - sebuah syarikat usahasama dengan kesatuan perdagangan kebangsaan negara itu berkata pihaknya akan menghentikan produk pada April selepas mendapat aduan daripada salah satu pembekal.

Peruncit Cold Storage menjadi rangkaian peruncit pertama di Singapura yang menghentikan penjualan sirip ikan jerung pada September tahun lepas sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan WWF, lapor media tempatan.

Artikel Berikut

Artikel Lain