suria

Air Austral Mahu Hentikan Perkhidmatan Ke Sydney, Bangkok

MELBOURNE: Air Austral akan menghentikan perkhidmatannya ke Sydney dan Bangkok pada Mac berikutan kajian semula operasi jarak jauhnya, kata syarikat itu.

Syarikat penerbangan Perancis itu berkata, langkah itu dibuat berikutan peningkatan kos bahan api dan iklim ekonomi yang sukar sekarang ini.

Ia kini akan memberi fokus pada laluan antara Kepulauan Reunion dan Perancis.

Perangkaan terbaharu menunjukkan bahawa syarikat itu bergelut dengan faktor muatan pada September yang membawa masuk 20.6 peratus penumpang atau 818 penumpang bagi sembilan penerbangan.

Lapan penerbangan keluar hanya mencatatkan 798 penumpang atau faktor muatan 22.6 peratus.

Air Austral, yang mulai terbang ke Australia pada April 2009, akan mengendalikan perkhidmatan terakhir ke Sydney pada 20 Mac dan perkhidmatan terakhir ke Bangkok pada 26 Mac.

Syarikat itu sedang memuktamadkan cara mengagihkan penumpang yang membuat tempahan melangkaui tarikh berkenaan di mana agen mereka akan diberitahu di dalam masa singkat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain