suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Singapura Terkandas Di Taman Negara Berjaya Diselamatkan

SINGAPURA: Kementerian Luar (MFA) Singapura mengesahkan bahawa sekumpulan 21 warga negara itu, yang terkandas di Taman Negara Endau Rompin di Johor selepas banjir menghalang laluan ke lokasi mereka, telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia dengan helikopter pada tengah hari Selasa.

Dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media, MFA berkata semua warga Singapura berada dalam keadaan sihat dan kini dalam perjalanan pulang ke Singapura.

Jurucakap MFA berkata pegawai-pegawai dari pejabat Konsul Singapura di Johor Baharu berada di Mersing dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha menyelamatkan warga Singapura itu.

"Konsul Jeneral Singapura di Johor Baharu menyatakan penghargaannya kepada pihak berkuasa Malaysia kerana berusaha membantu warga Singapura yang terjejas akibat insiden itu," kata jurucakap itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain