suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

600 Dikhuatiri Maut Dalam Tragedi Ribut Washi

ILIGAN: Lebih 600 mangsa dikhuatiri terbunuh apabila ribut tropika Washi memusnahkan selatan Filipina pada Sabtu dan turut mengakibatkan banjir besar di kebanyakan tempat.

Petugas bantuan berkata, 440 mangsa terbunuh manakala hampir 200 yang lain masih hilang selepas ribut Washi memusnahkan kediaman.

Sementara itu, kira-kira 20,000 tentera dikerahkan untuk operasi menyelamat dan bantuan di sepanjang pesisir utara kepulauan Mindanao.

Pelabuhan utama Filipina, Cagayan de Oro dan Iligan merupakan kawasan paling teruk dilanda ribut.

Setiausaha Agung Palang Merah Kebangsaan Filipina, Gwen Pang, berkata di bandar Cagayan de Oro, 215 dilaporkan terbunuh, manakala bandar Iligan mencatatkan angka kematian seramai 144 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain