suria

Barangan Michael Jackson Dilelong Hampir AS$1 Juta

BEVERLY HILLS: Barangan dalam rumah yang pernah didiami mendiang Raja Pop, Michael Jackson bersama tiga anaknya telah dijual dengan harga lelongan bernilai kira-kira AS$1 juta (RM3.18 juta).

Presiden Julien Auctions, Darren Julien tidak dapat memberikan angka sebenar lelongan itu dengan lebih terperinci kerana jumlah keseluruhannya belum direkodkan.

Antara barang yang dilelong termasuk perabot, lukisan seni dan barangan lain dari rumah agam yang disewa di 100 North Carolwood Drive sebelum beliau disahkan meninggal dunia pada Jun 2009.

Bagaimanapun, kepala katil tempat mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun turut diasingkan daripada jualan lelong itu atas permintaan keluarganya.

Jualan lelong itu diadakan di dalam bilik pameran khas syarikat tersebut di sini yang dihadiri ribuan peminatnya.

"Michael Jackson mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Saya boleh lihat mengapa kehilangannya amat dirasai," katanya.

Syarikat itu turut mengendalikan lelongan barangan beberapa artis terkemuka seperti Cher, Barbra Streisand, William Shatner dan Slash.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain