suria

Chelsea Clinton Bergelar Wartawan Penyiaran

NEW YORK: Selepas bertahun-tahun mengelak kehidupan peribadinya daripada diketahui umum, anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Chelsea Clinton pada Isnin, akhirnya membuat penampilan sebagai wartawan penyiaran di sebuah syarikat televisyen.

Chelsea, 31, membuat penampilan dalam rancangan mengenai sebuah organisasi kebajikan yang bergiat dalam membantu kanak-kanak miskin di Arkansas.

Chelsea kelihatan yakin semasa mengendalikan wawancara dengan seorang sukarelawan, Annette Dove yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di kawasan kemiskinan Pine Bluff.

“Hai Chelsea, kami gembira kerana mempunyai kamu,” kata Dove dalam wawancara tersebut yang disiarkan di saluran NBC ‘Rock Center with Brian Williams’.

Turut disiarkan adalah perbincangan antara Chelsea dan Dove mengenai bunyi tembakan yang kedengaran di kejiranan tersebut.

Chelsea juga membuat kemunculan di studio NBC dan memberitahu seorang penyampai stesen tetevisyen tersebut bahawa beliau ‘sangat berterima kasih kerana dapat bersama dengan mereka’.

Beliau yang mengakui bahawa selama ini sengaja merahsiakan kehidupannya memberitahu ‘terpujuk’ dengan usaha neneknya yang baru meninggal dunia yang sering memintanya untuk bersikap ‘lebih terbuka’.

“Saya harap saya membuat beliau bangga,” kata Chelsea.

Anak perempuan kepada Bill Clinton dan Setiausaha AS, Hillary Clinton sedaya upaya tidak mahu kehidupannya diketahui umum. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain