suria

15 Terbunuh Dalam Kemalangan Bas Sekolah

BEIJING: Pihak berkuasa di timur China mengesahkan bahawa pada Selasa, 15 kanak-kanak sekolah rendah terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka menjuman ke dalam sungai.

Kemalangan itu adalah yang terbaru dan berlaku hanya sehari selepas kabinet negara tersebut membuat draf peraturan yang disasarkan untuk membaiki tahap keselamatan bas sekolah ekoran kematian 19 kanak-kanak dalam kemalangan bas sembilan tempat duduk yang menggemparkan negara.

Kemalangan terbaru itu berlaku di Jiangsu di wilayah bandar Shouxian pada waktu petang Isnin, kata ahli jawatankuasa parti tempatan.

“Bas tersebut menjunam ke dalam sungai,” kata jurucakap tersebut yang enggan dinamakan.

“15 kanak-kanak terbunuh di tempat kejadian dan saya tidak tahu berapa ramai yang berada dalam keadaan kritikal,” tambahnya.

Jurucakap tersebut juga enggan mendedahkan berapa ramai kanak-kanak yang berada di dalam bas semasa kejadian berlaku, namun agensi berita Xinhua melaporkan bahawa terdapat 29 penumpang di dalam bas yang berkapasiti maksimum 52 orang.

Menurut Xinhua, bas tersebut menjunam ke dalam sungai semasa cuba mengelak sebuah kenderaan lain, namum punca sebenar kemalangan masih tidak diketahui.

Laporan berita itu juga melaporkan bahawa lapan mangsa masih berada di hospital tanpa mengulas lanjut mengenai keadan mereka.

Laporan itu juga melaporkan bahawa sebuah bas sekolah lain yang membawa 59 pelajar di selatan wilayah Guangdong bertembung dengan sebuah trak menyebabkan 37 cedera dan tujuh lagi masih berada di hospital.

Kemalangan yang melibatkan bas sekolah menyebabkan kerajaan mengeluarkan arahan agar pemeriksaan bagi memastikan keselamatan bas sekolah.

Bas sekolah di negara terbabit lazimnya membawa lebih banyak penumpang, terutamanya di kawasan luar bandar. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain