suria

Indonesia Had Perbelanjaan Petugas Kerajaan Tempatan

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menghadkan perbelanjaan para petugas di pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan tempatan sehingga 50 peratus dalam peruntukan bajet negara, bagi memastikan dana yang mencukupi boleh digunakan untuk projek-projek infrasutuktur.

Menteri Kewangan Indonesia Martowardojo berkata kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan keseimbangan fiskal kerajaan pusat dan wilayah bagi menghadkan perbelanjaan petugas.

"Perbelanjaan tinggi petugas memberi kesan terhadap pembiayaan yang boleh dikhususkan untuk perbelanjaan modal. Ini bermakna kita perlu mengurangkan bajet untuk perkhidmatan sosial dan pembangunan infrastruktur," kata Agus yang dipetik oleh akhbar harian berbahasa Inggeris, Jakarta Post, Rabu.

Agensi perancangan pembangunan Nasional Indonesia sebelum ini dilaporkan berkata kebanyakan pihak berkuasa tempatan memperuntukkan antara 70 dan 80 peratus daripada bajet mereka buat petugas, yang mengakibatkan bajet untuk pembangunan infrastruktur dan menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai semakin berkurangan.

Kebanyakan majlis kerajaan tempatan tempatan bergantung kepada bajet negeri untuk membiayai tanggungjawab rutin mereka dan perbelanjaan pembangunan, disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan.

Tahun ini kerajaan pusat menyediakan peruntukan Rp400 trilion (US$46.4 bilion) khusus buat kerajaan tempatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain