suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebocoran minyak di Laut Timor dihentikan

MELBOURNE: Sebuah telaga minyak yang bocor dan menumpahkan minyak ke dalam Laut Timor selama 10 minggu telahpun ditampal dan api yang marak di pelantar minyak itu hampir padam, demikian menurut pengusaha telaga minyak itu.

PTTEP Australasia mengumumkan petang Selasa bahawa percubaan kelimanya untuk menampal telaga minyak yang bocor itu berjaya dan ia telah menghentikan kebakaran di pelantar kepala telaga Montara.

Australian Associated Press berkata minyak mulai bocor pada 21 Ogos di medan minyak Montara dekat pelantar minyak West Atlas, lebih 200 kilometer ke barat laut pantai Kimberley Australia Barat. BERNAMA

Artikel Lain