suria

Tiger Airways berlepas tanpa penumpang

MELBOURNE: Penumpang-penumpang yang menunggu, naik marah selepas sebuah kapal terbang Tiger Airways membuat penerbangan ke Melbourne dari Hobart tanpa membawa mereka selepas seorang pramugara jatuh sakit, demikian menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Seramai 140 penumpang ditinggalkan di lapangan terbang Hobart malam Jumaat lepas dan ramai yang terkandas selama tiga hari sambil menunggu tempat duduk dalam perkhidmatan satu penerbangan sehari Tiger ke Melbourne itu.

Pramugara yang menjadi punca kepada peristiwa itu dirawat di lapangan terbang oleh dua paramedik itu yang kemudian menyertai penerbangan tanpa penumpang itu pulang ke Melbourne dengan anak kapal yang lain.

Seorang jurucakap memberitahu AAP bahawa di bawah peraturan keselamatan udara, kapal terbang mestilah mempunyai sebilangan tertentu anak kapal sebelum kapal terbang boleh mengadakan penerbangan bersama penumpang.

Tidak terdapat gantian bagi pramugara yang sakit dalam penerbangan TT567 di Hobart.

Kapal terbang itu terpaksa meninggalkan Hobart menuju Melbourne kerana ia terpaksa mengadakan perkhidmatan bagi laluanlaluan lain pada esoknya mulai pukul 6 pagi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain