suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan baling Bush kasut dibebaskan 16 September

GAMBAR FAIL... Muntadhar al-Zeidi membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush pada 14 Disember lalu. Dia akan dibebaskan bulan depan dengan hukumannya dikurangkan tiga bulan. AP

BAGHDAD: Wartawan Iraq yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah bekas Presiden George W. Bush Disember lalu akan dibebaskan bulan depan selepas hukumannya dikurangkan.

Tindakan Muntadhar al-Zeidi, 30, telah menjadikannya hero di kalangan dunia Arab di sebalik kemarahan terhadap pencerobohan Amerika Syarikat terhadap negara tersebut pada 2003.

Awalnya dia telah dikenakan hukuman penjara tiga tahun.

Bagaimanapun mahkamah mengurangkannya kepada setahun kerana wartawan itu tiada sejarah kesalahan jenayah.

Peguam bela Muntadhar, Karim al-Shujairi memberitahu Associated Press hari ini bahawa anak guamannya akan dibebaskan 16 September, tiga bulan lebih awal. AP

Artikel Berikut

Artikel Lain