suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 ditembak mati rusuhan di Urumqi

BEIJING: Seorang pegawai atasan China berkata, polis menembak mati 12 orang semasa rusuhan 5 Julai di Urumqi, bandar barat negara itu - satu kenyataan luar biasa oleh kerajaan berhubung tindakan pihak berkuasa melepaskan tembakan dalam pergolakan etnik yang terburuk di wilayah itu.

Agensi Berita Xinhua memetik Gabenor Xinjiang, Nur Bekri berkata, polis menembak perusuh-perusuh selepas melepaskan tembakan amaran pertama.

Laporan pada Sabtu menyebut, tiga orang ditembak mati di tempat kejadian manakala sembilan lagi mati selepas gagal diselamatkan.

Xinhua memetik Bekri berkata, angka kematian ekoran pergolakan itu kini meningkat kepada 197.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Wu dari pejabat penerangan kerajaan wilayah Xinjiang mengesahkan laporan Xinhua itu. AP

Artikel Berikut

Artikel Lain