suria

2 hotel di Jakarta diletup pengebom berani mati

ANGGOTA polis Indonesia diletakkan di kawasan Hotel Ritz-Carlton, Jakarta ekoran letupan bom pagi semalam. AP
ANGGOTA polis Indonesia diletakkan di kawasan Hotel Ritz-Carlton, Jakarta ekoran letupan bom pagi semalam. AP
ANGGOTA polis Indonesia diletakkan di kawasan Hotel Ritz-Carlton, Jakarta ekoran letupan bom pagi semalam. AP

JAKARTA: Polis Indonesia mengesahkan kejadian letupan bom di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di sini pada pagi semalam, yang meragut lapan nyawa dilakukan oleh pengebom berani mati.

Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri berkata, hasil siasatan di tempat kejadian, didapati dua pengebom berani mati terlibat.

"Polis sedang memeriksa identiti pelaku. Yang di Ritz Carlton, kepalanya masih utuh, yang di JW Marriot pula tempurung kepalanya sudah tertanggal tetapi masih boleh dikenali," katanya pada sidang media di sini petang ini.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pengebom berani mati itu warga asing atau rakyat Indonesia.

Sebelum itu laman web berita detikcom, yang memetik sumber berkata, seorang pengebom berani mati dipercayai Nurdin A. yang menurut daftar tetamu hotel menyewa bilik 1808 hotel JW Marriott selama seminggu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Indonesia itu berkata, orang yang didedahkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebagai penembak dari kelompok tertentu yang menggunakan gambar wajahnya sebagai sasaran latihan menembak telah ditangkap.

Bambang Hendarso berkata, gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Susilo pada sidang media di Istana Presiden berkaitan kejadian pengeboman dua buah hotel itu, disahkan benar dan diambil di Kalimantan Timur pada 5 Mei.

"Pelakunya sudah kita tangkap. Dia mengakui bahawa Presiden Susilo memang merupakan sasaran (untuk ditembaknya)," katanya sambil menambah bahawa orang itu akan segera dihadapkan ke mahkamah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain